TERKINI : NAJIB TANYA! Apa Jasa Kit Siang pada UKM Berbanding Tun Razak dan Saya

BANGI – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, melemparkan persoalan kepada Kementerian Pendidikan mengenai kelebihan yang ada kepada Lim Kit Siang sehingga veteran DAP itu dibenarkan memasuki Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tanpa halangan.

Beliau musykil dengan UKM yang membenarkan pemimpin DAP itu hadir ke satu majlis di universiti berkenaan sedangkan dirinya sebagai bekas Perdana Menteri tidak pula dibenarkan mengadakan diskusi bersama pelajar.

“Kita kesal sebab Kit Siang boleh masuk UKM, apa kelebihan Kit Siang berbanding dengan saya? Apa jasa Kit Siang kepada UKM? “Apa jasa Tun Razak kepada UKM? Apa jasa saya kepada kamu semua.

Takkan Kit Siang lebih baik daripada saya. Tak kan Hishamuddin Rais (pun) dapat layanan lebih daripada saya,” katanya di perkarangan Masjid Universiti UKM hari ini.

Untuk rekod, Kit Siang pernah hadir ke UKM pada 11 Disember tahun lalu dalam satu diskusi bertajuk “Mahu Ke Mana Malaysia, Mengenang 50 Tahun Debat Kebudayaan DAP-Gerakan 1986 yang diadakan di Sudut Pidato UKM.