TERKINI : PENGAKUAN NAJIB! Masa Jadi Perdana Menteri Sokongan Tak Sehebat Macam Sekarang

SEMENYIH – Kali kedua turun padang dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Datuk Seri Najib Razak berkata beliau terpegun dengan sokongan yang diterima beliau hari ini.

Tambah beliau, sokongan ini tidak pernah beliau perolehi biarpun semasa memegang jawatan Perdana Menteri ke enam.

“Saya bangga sehari dua ini saya dapat sokongan luar biasa. Masa saya jadi PM tidak dapat sambutan macam ini.

“Saya pun pening, patutnya jadi Perdana Menteri dapat hebat sokongan tapi tak jadi PM lagi hebat,” katanya ketika berucap di hadapan lebih 1,000 pengundi Semenyih di Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) dalam Pusat Daerah Mengundi Bandar Rinching sebentar tadi.

1 Komen

  1. Saya setuju dengan komen Datuk Seri. Maknanya, rakyat tak suka Datuk Seri jadi PM. Biarlah Datuk Seri berkhidmat bersama rakyat seadanya.

Comments are closed.