Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berucap pada Pesta Demokrasi FORSEA Kuala Lumpur di The Square Publika, Sri Hartamas, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 16 FEBRUARI 2019

KLANG – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih belum mendapat maklumat sepenuhnya mengenai salah laku yang dilakukan oleh bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, sebab itu SPRM hanya dapat mengesahkan bahawa tidak wujud pemindahan wang RM90 juta ke dalam akaun Pas.

“Itu SPRM kata, SPRM mungkin belum dapat maklumat sepenuhnya, dia mengambil masa.

“Setakat ini banyak lagi kecurian duit oleh Datuk Seri Najib yang SPRM tidak mempunyai masa untuk selidik.

“Jadi ini tidak bermakna bahawa Datuk Seri Najib tidak curi, cuma tidak diselidik saja,” katanya pada sidang media di Metrod Holding Berhad, di sini, hari ini.

Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Mohd Shukri Abdull mengesahkan bahawa pihaknya setakat ini tidak mengesan sebarang transaksi dana RM90 juta daripada 1MDB disalurkan ke akaun bank rasmi Pas.

Dr Mahathir juga berkata, semua pihak perlu memberi sedikit masa kepada SPRM untuk mengesan transaksi RM90 juga yang diterima oleh pemimpin Pas.

“Kita tunggu la, adakah benar atau tidak,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN: 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast