Anggota Parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana mengotakan janji untuk memberi royalti petroleum kepada Kelantan.
Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz

KOTA BHARU – Dakwaan bahawa PAS menerima dana sebanyak RM90 juta daripada UMNO adalah isu lama, kata Anggota Jawatankuasa PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Katanya isu berkenaan sengaja ditimbulkan oleh pihak-pihak tertentu selepas melihat PAS sebagai saingan kepada parti yang memerintah kerajaan ketika ini.

“Mereka tidak lihat UMNO sebagai saingan tetapi apabila PAS mula membuat beberapa tindakan politik menarik termasuk mula menjalinkan kerjasama dengan UMNO, bincang bagaimana nak hadapi situasi kerajaan baharu hari ini yang penuh dilema dan penuh masalah, PAS (dilihat) sebagai satu ‘pemain’ yang paling besar dalam negara, sebab itulah fitnah mula timbul,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran ‘Baby Box & Food Basket’ anjuran Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) yang turut dihadiri Presidennya, Prof Dr Harmy Mohamed Yusoff di Dewan Majlis Daerah Bachok di sini, hari ini.

Nik Mohamad Abduh berkata pihak berkepentingan itu juga tidak mempunyai isu lain yang boleh dijadikan modal bagi meraih sokongan rakyat.

“Mereka tiada isu baru dan dalam masa yang sama, rakyat melihat PAS bersih, mereka terpaksa mencari segala apa yang mereka ada untuk menyerang PAS, termasuklah mengitar semula isu RM90 juta ini,” katanya.

Semalam, Nik Mohamad Abduh tampil ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan untuk memberi keterangan berhubung kes berkenaan.

Antara yang turut berbuat demikian termasuklah bekas Timbalan Presiden PAS Datuk Dr Nasharudin Mat Isa yang turut berbuat demikian di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

Sementara itu, Harmy berkata seramai 90 asnaf daripada jajahan itu menerima sumbangan sebanyak RM150 seorang daripada PAPISMA.

“Sumbangan membabitkan ibu mengandung menerima keperluan bayi, barangan keperluan makanan untuk kanak-kanak empat tahun ke atas dan barangan keperluan harian seperti beras kepada golongan asnaf.

“Ini merupakan program ketiga PAPISMA pada tahun ini yang turut diadakan di Selangor dan Kedah dengan 30 asnaf dipilih di setiap negeri untuk menerima sumbangan yang keseluruhannya berjumlah RM22,500,” katanya.

— BERNAMA

1 Komen

  1. Abodoh? Abodoh! ABODOH.

    Betul di kitar semula tapi kali ini, dgn spicy lagi. Dgn perasa bilamana beli Plat VVIP TUNAI, KERETA TUNAI & sebagai nya.

    Betul ke waktu BN dulu, ada siasat oleh SPRM ketika itu?

Comments are closed.