KUALA LUMPUR – Kebakaran feri penumpang di perairan Langkawi, Kedah hari ini dipercayai bermula dari bilik enjin susulan laporan awal yang diterima Jabatan Laut Malaysia (JLM).

Menurut kenyataan JLM hari ini, sistem maklumat dan pemantauan trafik perkapalan (VTMIS) menerima panggilan daripada nakhoda feri penumpang Dragon Star 1 memaklumkan bilik enjin feri tersebut terbakar kira-kira 2.55 petang.

“Jabatan Bomba dan Penyelamat tiba di lokasi kejadian kira-kira 3.16 petang dan kebakaran dapat dikawal pada 4.45 petang.

Sementara itu, di Langkawi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan melakukan siasatan forensik ke atas feri yang terbakar di sini hari ini secepat mungkin, bagi mengelak kejadian seumpamanya berlaku kepada feri-feri yang lain.

Ketua Balai, Balai Bomba dan Penyelamat Persiaran Putra, Langkawi, Penolong Penguasa Bomba Mohd Shukri Ahmad Husaini berkata, bomba juga akan meminta penjelasan daripada pengusaha feri mengenai langkah keselamatan dan prosedur kecemasan yang dilaksanan krew feri terbabit ketika kejadian.

“Bahagian forensik bomba akan membuat siasatan terhadap kebakaran tersebut, kita harap dapat selesaikan secepat mungkin, sebab ia mungkin melibatkan feri-feri lain dan penumpang lain juga nama baik Pulau Langkawi.- BERNAMA

ARTIKEL BERKAITAN:

 

https://malaysiagazette.com/blog/2019/02/25/feri-langkawi-terbakar/