KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini meluangkan masa melawat keluarga balu mangsa kemalangan maut melibatkan lori minyak di Puchong hari ini.

“Suasana sedih dan pilu tadi di rumah Allahyarham Mohamad Suhaimi Khamis, mangsa kemalangan lori tangki minyak di Slim River baru-baru ini. Takziah dan semoga ahli keluarga kekal tabah. Al-Fatihah,” tulisnya di media sosialnya hari ini.

Dalam pada itu, menurut laporan Bernama, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh turut menghantar wakilnya melawat keluarga mangsa di kediaman mereka di Kampung Kenangan, Batu 13, Puchong hari ini.

Wakilnya, Senator R. Suresh Singh, Senator Dewan Negara merangkap Penyelaras Parlimen Puchong mewakili  Gobind bersama Ahi Dewan Undangan Negeri Seri Serdang, Dr. Siti Mariah Mahmud.

Pihak pejabat Parlimen Puchong juga sempat meluangkan masa memberi kata kata semangat.

Pihak pejabat Parlimen Puchong juga akan membantu meringankan beban utk perbelanjaan sekolah anak-anak mangsa serta menguruskan bantuan daripada kerajaan negeri dan pihak-pihak yang berkenaan.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

https://malaysiagazette.com/blog/2019/02/23/pemandu-lori-sempat-keluar-tapi-gagal-diselamatkan/

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast