Mohamad Sabu
Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu hadir pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Serta Pingat Perkhidmatan Dan Pekerti Terbilang 2019 Kementerian Pertahanan di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 25 FEBRUARI 2019.

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) khususnya Parti Amanah Negara tidak menghadapi masalah dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan cara kepimpinannya.

Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu berkata, apa yang diungkitkan pihak di luar berkaitan Dr. Mahathir dan kedudukannya hanyalah spekulasi semata-mata.

“Kita (PAN) tidak ada masalah, yang timbul itu daripada orang luar. Kami PH tak ada masalah. Perdana Menteri sekarang Tun Dr Mahathir,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kementerian itu di Wisma Perwira.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai sokongan PKR terhadap kepimpinan Dr. Mahathir sebagai PM walaupun terdapay khabar angin yang menyatakan usaha membawa undi tidak percaya terhadap Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia sebagai perdana menteri.

Malah, katanya, PH tidak pernah membincangkan dalam mesyuarat perkara-perkara yang membabitkan kepimpinan Dr. Mahathir. _ MalaysiaGazette