Howard X (kanan) dan Russel X meniru perwatakan Kim Jong-un dan Donald trump.

HANOI – Seorang pelawak yang meniru gaya pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un berkata pihak berkuasa mengusirnya dari Vietnam, kira-kira 24 jam sebelum Kim yang sebenarnya tiba untuk menghadiri sidang kemuncak dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Howard X yang meniru gaya Kim itu tiba-tiba muncul di ibu negara Vietnam, Hanoi pada Jumaat lalu di samping rakannya yang meniru gaya Trump telah menarik perhatian orang ramai dan media, lapor Reuters.

Kedua-dua pemimpin sebenar dijadual bertemu pada sidang kemuncak nuklear kedua di Hanoi pada Rabu dan Khamis ini.

“Korea Utara tidak mempunyai perasaan lawak,” kata Howard X kepada pemberita sebelum menuju ke lapangan terbang Hanoi untuk meninggalkan negara itu.

“Sindiran adalah senjata yang berkuasa terhadap sebarang amalan diktator,”.

Beliau juga muncul pada temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 di Korea Selatan dengan menari di hadapan pasukan sorak Korea Utara sebelum pihak keselamatan menahannya.

Para pegawai Kementerian Luar Vietnam tidak dapat dihubungai untuk mengulas perkara tersebut pada hari ini.

Terdahulu Howard X berkata, pihak berkuasa telah menyoalnya dan memberi amaran supaya tidak melakukan sebarang kekacauan.

Vietnam telah mengetatkan keselamatan di sekitar ibu negaranya yang akan menjadi tuan rumah sidang kemuncak itu.

Howard X berkata, rakannya yang meniru gaya Trump, Russel White dibenar untuk tinggal di Vietnam tetapi tidak dibenar melakukan kemunculan di khalayak ramai.

Kedua-dua rakan itu berpelukan dan mengucapkan selamat tinggal.

“Tiada Perang Dunia Ketiga,” kata Howard X.

“Mereka takut kepada dua individu yang kelihatan sama seperti yang tulen,” katanya. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast