DONG DANG, Vietnam – Selepas lebih 60 jam mengharungi perjalanan kereta api dari Pyongyang merentasi China, pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un tiba di Vietnam hari ini bagi menghadiri sidang kemuncak dengan Presiden Amerika syarikat (AS), Donald Trump.

Berpakaian kot gaya Moa, Kim berjalan keluar stesen kereta api Dong Dang yang tereletak di wilayah Lang Son melambaikan tangan ke arah sekumpulan orang yang menyambutnya, lapor agensi berita Yonhap.

Kim kemudian menuju ke ibu negara Hanoi dengan menaiki limosin Mercedes. Perjalanan sejauh 170 kilometer itu dijangka mengambil masa selama beberapa jam.

Kim dijangka menghadiri sidang kemuncak dengan Trump pada Rabu dan Khamis ini.

Sekumpulan pegawai Korea Utara, termasuk envoi nuklear, Kim Hyok-chol dan Kim Chang-son iaitu ketua staf kepada pemimpin tersebut, juga menyambut ketibaan Kim di stesen kereta api itu.

Para pegawai telah memulakan perbincangan pra sidang kemuncak dengan Amerika Syarikat (AS) di Hanoi membabitkan agenda, protokol dan isu-isu logistik.

Kereta api yang dinaiki Kim tiba di stesen itu kira-kira jam 8.10 pagi waktu tempatan setelah meninggalkan ibu negara Korea Utara pada jam 4.30 petang Sabtu lalu sebelum merentasi China.

Sementara itu, pesawat yang dinaiki Trump dari Washington dijangka mendarat di lapangan terbang antarabangsa Hanoi pada malam ini.

Kedua-dua pemimpin itu dijadual bertemu pada majlis makan malam esok disusuli ‘makan malam sosial’, menurut White House.

Mereka akan mengadakan pertemuan susulan pada keesokan hari.

Ia meruapakan pertemuan pertama mereka dalam tempoh lapan bulan selepas bertemu di Singapura. – Agensi.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast