Ezzrul Ikmanizar Abd Rahman
Ezzrul Ikmanizar Abd Rahman

KANGAR – Dua pemain Perlis Northern Lions 2 (PNL2) membuat laporan polis terhadap bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie dan Timbalan Presiden Mohd Abdul Karim Khan Mansor Ahmad Khan.

Bekas kapten pasukan, Ezzrul Ikmanizar Abd Rahman berkata, laporan polis itu berhubung kontrak mereka bersama PFA bermula Januari 2019 hingga 2020 yang didakwa tidak ditandatangani oleh presiden PFA itu dan ‘dimatikan’ setem.

“Dalam perjumpaan hujung Januari lepas, Ahmad Amizal Shaifit memaklumkan kepada semua 18 pemain bahawa beliau tidak menandatangani kontrak tersebut.

“Oleh kerana tertipu, kami membuat laporan polis,” katanya kepada media selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar semalam.

Ezzrul Ikmanizar mendakwa mereka juga telah meminta bekas presiden itu memberi salinan kontrak namun beliau tidak menyerahkannya sehingga sekarang.

Katanya, mereka amat terkilan dan kesal kerana diperlakukan demikian oleh Ahmad Amizal Shaifit yang pada awalnya bersungguh-sungguh untuk membantu para pemain.

Ketua Polis Daerah Kangar, Supt Wari Kiew yang dihubungi mengesahkan menerima dua laporan tersebut dan meminta ruang untuk membolehkan polis menyiasat kes itu. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast