TERKINI : PINDA AKTA! Hina Agama – Dr. Mujahid Yusof

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof akan mencadangkan pindaan pada akta Kanun Keseksaan bagi memastikan hukuman setimpal dikenakan ke atas penghina agama.

Katanya, beliau akan mencadangkan perkara itu pada sesi persidangan Parlimen Mac ini untuk mendapatkan kelulusan daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat (Speaker) untuk dimasukkan dalam kertas cadangan.

“Ya, Mac ini di sesi Parlimen, saya akan kemukakan cadangan ini dan kita akan tunggu giliranlah bila ianya dapat dibentangkan.

“Tujuannya adalah kita mahu memastikan penghina agama ini mendapat hukuman yang sama berat dengan kes jenayah,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Standard Penarafan Masjid di Wilayah Persekutuan dan Penyampaian Watikah Jawatankuasa Kariah Masjid dan Surai Jumaat Sesi 2018-2020 di Dewan Serbaguna Majis Wilayah di sini, hari ini.