Seorang sarjan tentera antara lapan lelaki Orang Asli yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang lelaki enam tahun lalu.
Gambar hiasan

JEDDAH – Mahkamah Arab Saudi menerima sebanyak 1,100 permohonan muflis sejak empat tahun lalu.

Sumber di Kementerian Keadilan berkata, pada tahun ini sebanyak 17 entiti telah memfailkan bankrap dan kes itu kini di bawah pertimbangan mahkamah.

Menurutnya, 68 peratus individu yang memfailkan bankrap adalah dalam kalangan warga Arab Saudi dan bakinya daripada rakyat dari 10 negeri termasuk Yemen, Ethiopia, Sri Lanka, India, Mesir, Pakistan, Filipina, Sudan, Syria dan Lubnan.

Sumber itu berkata, mahkamah mengeluarkan perintah pembubaran dalam beberapa kes terutamanya berkaitan dengan sektor hartanah.

Perintah itu membabitkan rampasan sebidang tanah dengan keluasan 4,500 meter persegi di selatan Jeddah yang memihak kepada salah seorang daripada dua saudara lelaki.

Menurut sumber, permintaan muflis difailkan di beberapa kota dan bandar termasuk Riyadh, Makkah, Jeddah, Madinah, Dammam, Jazan, Najran, Taif, Yanbu, Buraidah dan lain-lain. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast