Pasukan penyelamat mengeluarkan mangsa dari lombong emas. foto Agensi

JAKARTA – Sekurang-kurangnya 60 orang dikhuatiri terperangkap dalam tanah runtuh di lombong emas Indonesia.

Para penyelamat sedang berusaha mengesan mangsa-mangsa yang terperangkap di lombong yang terletak di daerah Bolaang Mongondow, di pulau Sulawesi.

Agensi bencana Indonesia berkata, seorang mangsa telah ditemui mati dan sekurang-kurangnya 13 orang telah diselamatkan.

Seorang jurucakap berkata, rasuk-rasuk yang menyokong laluan di lombong berkenaan telah runtuh akibat kedudukan tanah yang tidak stabil.

“Dianggarkan sebanyak 60 orang terperangkap di bawah tanah longsor dan batu-batuan,” kata agensi itu.

Imej dari tempat kejadian menunjukkan pasukan penyelamat dan penduduk tempatan bekerja sepanjang malam untuk membawa mangsa yang selamat dari lereng yang disaluti lumpur.

Lombong emas berskala kecil diharamkan di Indonesia tetapi dilakukan secara meluas di luar bandar. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast