tommy
Tommy Thomas .- foto AFFAN FAUZI, 25 OGOS 2018

PUTRAJAYA – Peguam Negara Tommy Thomas hari ini membuat laporan polis susulan beberapa tuduhan yang mengaitkannya dengan sikap anti-Islam seperti yang tular di media sosial.

Difahamkan, laporan berkenaan dibuat oleh dua pegawai khasnya, Amir Nasarudin dan Siti Rahayu Mumazaini di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya bagi pihak Thomas pada kira-kira 3.15 petang.

Media yang menunggu di hadapan IPD Putrajaya bagaimanapun gagal mendapatkan butiran berkenaan laporan itu. Kedua-dua pegawai berkenaan dilihat keluar dari perkarangan IPD Putrajaya menaiki kereta Perdana berwarna kelabu pada pukul 4.45 petang.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Rosly Hasan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan terbabit.

“Kes akan disiasat oleh Bukit Aman,” katanya.-BERNAMA