Rafizi Ramli
Rafizi Ramli

KUALA LUMPUR – Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dibebaskan daripada pertuduhan fitnah jenayah berikutan keputusan pihak pendakwaaan untuk tidak meneruskan kes tersebut.

“Pagi ini, Mahkamah Majistrest KL membebaskan saya daripada dakwaan bahawa saya telah memfitnah Tabung Haji pada 2016,” katanya dalam hantaran di laman Twitter.

Sementara itu, portal FMT melaporkan peguam Rafizi, Mat Yunus Shariff berkata, Majistret, Umzarul An-Nur Umar yang Jabatan Peguam Negara sudah menerima representasi anak guamnya untuk menggugurkan kes itu.

Perkara itu disahkan timbalan pendakwa raya, Nadia Zulkefl. – MalaysiaGazette