KUALA LUMPUR – Saham Telekom Malaysia Berhad (TM) susut hampir 3 peratus pada awal dagangan hari ini selepas syarikat telekomunikasi itu merekodkan kejatuhan untung bersih sebanyak 83.5 peratus pada tahun kewangan berakhir 2018.

Keuntungan bersihnya merudum kepada RM153.15 juta pada 31 Disember lalu berbanding RM929.75 juta pada tempoh sama 2017.

Pada pukul 9.05 pagi tadi, saham TM susut sebanyak 9 sen kepada RM2.93 sesaham.

Perolehan juga menyusut sebanyak 2.2 peratus kepada RM11.82 bilion berbanding RM12.09 bilion manakala perolehan sesaham jatuh 4.08 sen berbanding 24.74 sen sebelumnya.

Prestasi kewangan yang tidak memberangsangkan itu didorong oleh kejatuhan pendapatan daripada perkhidmatan suara, data dan bukan telekomunikasi. – MalaysiaGazette