Donald Trump turun dari pesawat AIr Force One sebaik sahaja pesawat itu mendarat di Hanoi. foto Agensi

HANOI – Presiden Donald Trump telah tiba di Vietnam untuk menghadiri pertemuan kedua dengan Kim Jong-un, pemimpin tertinggi Korea Utara.

Air Force One mendarat di Lapangan Terbang Noi Bai selepas Jong-un tiba di Vietnam selepas perjalanan dengan keretapi dan kereta.

Kedua-dua pemimpin itu akan berjumpa hari ini dan esok, selepas pertemuan bersejarah di Singapura pada Jun tahun lalu.

Mereka akan membincangkan progres usaha untuk menghapuskan senjata nuklear di Semenjung Korea. – MalaysiaGazette