Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia jatuh 2.97 peratus kepada AS$104.7 bilion setakat 29 Jun lalu berbanding AS$107.9 bilion pada 14 Jun.
Bank Negara Malaysia

KUALA LUMPUR – Bank-bank di Malaysia mempunyai mudah tunai yang mencukupi bagi menyokong aktiviti pengantaraan dan memenuhi keperluan yang mendesak.

Nisbah perlindungan mudah tunai sistem perbankan berada pada 144.3 peratus apabila semua bank mencatatkan paras LCR melebihi 100 peratus.
.
Profil pendanaan bank-bank pada amnya stabil, kata Bank Negara Malaysia.

Nisbah pinjaman kepada dana dan nisbah pinjaman kepada dana dan ekuiti masing-masing pada 83.3 peratus dan 72.5 peratus.

Pembiayaan bersih pula mencatatkan pertumbuhan tahunan 5.9 peratus pada bulan Januari 2019 (Disember 2018: 6.3%) dalam keadaan pertumbuhan bon korporat terkumpul yang terus sederhana (Januari 2019: 7.3%, Disember 2018: 8.0%).

Pengiraan inflasi teras tidak termasuk barangan yang harganya tidak menentu dan barangan yang harganya ditadbir.

Pengiraannya juga tidak termasuk anggaran kesan langsung perubahan dasar cukai.

Bank Pusat itu berkata, pertumbuhan pinjaman perniagaan terkumpul menurun kepada 4.8 peratus pada bulan
Januari 2019 (Disember 2018: 5.4%), terutamanya dalam sektor pembinaan, kewangan, insurans dan perkhidmatan perniagaan dan harta tanah.

Pertumbuhan pinjaman isi rumah terkumpul mampan pada 5.5 peratus (Disember 2018:5.6%).

Prestasi pasaran kewangan domestik pula bercampur-campur dengan ringgit menambah nilai sebanyak 1.2 peratus berbanding dengan dolar Amerika Syarikat (AS) pada bulan Januari 2019 didorong oleh aliran masuk portfolio bukan pemastautin di tengah-tengah jangkaan bahawa kadar pengembalian dasar monetari AS ke paras wajar adalah lebih perlahan.

Kadar hasil MGS 5 tahun menyusut 2.5 mata asas, selaras dengan trend kadar hasil bon serantau yang menurun.

Bagaimanapun, FBM KLCI, merosot 0.4 peratus disebabkan terutamanya oleh sentimen yang lebih lemah dalam sektor produk industri dan perkhidmatan di tengah-tengah kebimbangan terhadap harga komoditi yang tidak menentu termasuk minyak mentah dan alumina. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast