Mohd Uzir Mahidin

KUALA LUMPUR – Keyakinan peniaga berkurang pada suku tahun pertama 2019 selepas menunjukkan peningkatan pada suku tahun keempat 2018.

Petunjuk keyakinan jatuh kepada 2.2 peratus pada suku tahun pertama 2019, menurut Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.

Sektor industri, pembinaan dan perdagangan borong & runcit menjangkakan situasi perniagaan mereka merosot pada suku tahun pertama 2019 dengan petunjuk keyakinan masing-masing 3.6 peratus, 18.9 peratus dan 8.2 peratus.

Sementara itu, sektor perkhidmatan menjangkakan situasi perniagaan mereka bertumbuh pada kadar sederhana dengan petunjuk keyakinan yang lebih kecil iaitu 5.9 peratus berbanding 18.8 peratus yang dicatatkan pada suku tahun lepas.

Secara keseluruhan, responden menjangkakan hasil kasar meningkat pada suku tahun pertama 2019 dengan imbangan bersih 11.8 peratus.

Sejumlah 30.4 peratus responden menjangkakan hasil kasar mereka meningkat manakala 51.0 peratus menjangkakan tiada perubahan. Sebaliknya, 18.6 peratus responden menjangkakan penurunan dalam hasil kasar.

Dari segi bilangan pekerja, tren pengambilan kekal positif pada suku tahun pertama 2019 di mana imbangan bersih yang dicatatkan adalah 3.5 peratus.

Sejumlah 8.5 peratus pertubuhan berhasrat untuk menambah tenaga kerja, manakala 5.0 peratus pertubuhan menjangkakan akan mengurangkan bilangan pekerja pada suku tahun pertama 2019.

Jangkaan peniaga kurang optimistik pada separuh pertama 2019, dengan imbangan bersih keseluruhan mencatatkan +0.6 peratus berbanding +12.3 peratus yang direkodkan oleh dapatan survei sebelumnya.

Responden di sektor industri dan perkhidmatan menjangkakan keadaan perniagaan positif bagi tempoh Januari hingga Jun 2019, tetapi lebih rendah masing-masing pada +0.5 peratus dan +7.5 peratus.

Sementara itu, sektor pembinaan dan perdagangan borong dan ruuncit menjangkakan situasi perniagaan merosot dengan imbangan bersih masing-masing susut 24.5 peratus dan 6.4 peratus. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast