Rakaman video yang didedahkan oleh Pakistan menunjukkan Abhinandan sedang minum secawan air. foto Agensi

NEW DELHI – India menuntut pembebasan juruterbang pejuangnya yang telah ditahan Pakistan selepas pesawat perang dipandunya ditembak.

Rakaman video yang menunjukkan juruterbang itu ditutup mata dengan darah mengalir pada wajahnya dikongsikan oleh Kementerian Maklumat Pakistan.

India menyifatkan tindakan Pakistan mendedahkan rakaman video berkenaan sebagai ‘tindakan kurang sopan’.

Serangan udara merentasi Line of Control (LoC) membahagi wilayah India dan Pakistan di Kashmir adalah yang pertama sejak perang pada tahun 1971.

Insiden menembak jatuh dua jet tentera oleh Pakistan itu, telah meningkatkan ketegangan antara kedua-dua negara.

Serangan itu berlaku selepas India membedil kem militan di Pakistan sebagai tidak balas pengeboman berani mati yang membunuh sekurang-kurangnya 40 tentera India di Kashmir.

Juruterbang itu dikenali sebagai Komander Sayap Abhinandan telah dilaporkan ‘hilang’ oleh India.

Rakaman awal video yang ditunjukkan memperlihatkan juruterbang yang ditutup matanya, dengan dengaran dia meminta air selepas ditangkap.

Tidak lama kemudian, video mendedahkan Abhinandan sedang menghirup teh tanpa mata ditutup dan dalam keadaan bersih.

Juruterbang itu menjawab beberapa soalan termasuk namanya, kedudukan tentera dan dia dari ‘bahagian bawah selatan’.

Abhinandan enggan berkongsi perician ketika ditanya tentang misinya. “Saya tidak sepatutnya memberitahu anda mengenainya”.

Jurucakap tentera Pakistan, Mejer Jeneral Asif Ghafoor berkata,juruterbang itu ‘dilayan mengikut norma etika ketenteraan’. – MalaysiaGazette