Malaysia Airlines menawarkan diskaun hebat sehingga 25 peratus tambang ke semua destinasi dalam rangkaian Malaysia Airlines menerusi Travelganza Deals mulai hari ini hingga 24 Feb 2019.

KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines mengalami cabaran pada 2018 dan mengakhiri tempoh itu dengan prestasi kerugian yang lebih rendah berbanding angka dicatatkan pada tahun sebelumnya disebabkan beberapa faktor termasuk kekurangan kakitangan pada separuh kedua 2018.

Bagaimanapun syarikat itu tidak mendedahkan angka sebenar.

Menurut syarikat penerbangan itu, tempoh berkenaan juga menyaksikan persaingan sengit apabila penawaran melebihi permintaan, ketidaktentuan harga minyak dan pertukaran asing yang turut memberi kesan kepada keuntungan syarikat.

“Walaupun berdepan persekitaran operasi yang mencabar, 2018 turut menunjukkan peningkatan menggalakkan berbanding tahun sebelumnya.

“Purata hasil tempat duduk bagi setiap kilometer menyaksikan peningkatan 2.0 peratus tahun ke tahun, disokong oleh pensegmenan harga yang lebih baik,”menurut Malaysia Airlines dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, jumlah perolehan mencatatkan kenaikan satu peratus berbanding prestasi tahun lepas manakala faktor muatan keseluruhan kekal pada 78 peratus. – MalaysiaGazette