PERKEMBANGAN TERKINI : PRK N.24 Dun Semenyih | Persiapan Terakhir Peti- Peti Undi

Menjelang Pilihanraya Kecil N.24 DUN Semenyih kurang 24 jam daripada sekarang, persiapan terakhir menyediakan kotak-kotak undi berlangsung di Dewan Sri Cempaka, Kajang iaitu Tempat Penjumlahan Rasmi Undi nanti.

Menurut Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun, sebanyak 116 saluran dibuka pada hari esok daripada pukul 8 pagi hingga 5.30 petang. Seramai 53, 411 pengundi yang layak mengundi akan mengundi esok di DUN Semenyih dan digalakkan keluar awal untuk mengundi kerana faktor cuaca yang tidak menentu.

Dalam pada itu, 676 orang pengundi atau 78 peratus daripada 858 pengundi awal terdiri daripada pegawai dan anggota polis keluar mengundi di IPD Kajang dan Batalion 4 PGA Semenyih selepas pusat undi ditutup 5 petang 26 Februari lalu menurut Suprintendan Mohd Sabri Abdullah