Mohd. Ashraf Mustaqim Badrul Munir 
Mohd. Ashraf Mustaqim Badrul Munir 

KUALA LUMPUR – Exco ARMADA Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Mohd. Ashraf Mustaqim Badrul Munir menawarkan diri bertanding sebagai Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).

Beliau yang juga bekas ahli exco GPMS itu akan bertanding pada persidangan agung tahunan gabungan itu pada 9 Mac ini.

Mohd. Ashraf Mustaqim atau dikenali sebagai Achap juga merupakan bekas Naib Pengerusi GPMS Wilayah Persekutuan 2012/2015 dan pernah bertanding sebagai calon Parlimen Paya Besar mewakili Pakatan Harapan pada PRU-14.

“Saya menawarkan perwakilan GPMS sedia ada untuk diri saya menabur khidmat dalam saf utama kepimpinan GPMS.

“Moga dapat diterjemahkan segenap kecintaan dan ‘kecanduan’ terhadap GPMS atas ruang khidmat yang bakal dikurniakan dengan izinNya dalam kesediaan kita sesama untuk membina generasi pewaris gabungan.

“Dalam cabaran semasa agenda belia di samping dapat membantu membangkitkan lagi kegemilangan GPMS utamanya dalam melahirkan pemimpin Melayu masa hadapan dengan acuan yang utuh mengakar budaya, resam dan jatidiri selaku sebuah gabungan yang memartabat intelektualisme dan membangun pendidikan anak bangsa dan negara,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Malah Mohd. Ashraf juga mendapat sokongan daripada bosnya yang juga Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Syed Saddiq dalam komen di FBnya berkata; “Ya Allah..Bantulah my brother Achap untuk mengembalikan zaman kegemilangan GPMS.’

Sementara itu, exco GPMS, Dr. Mohamad Erhan Rahimi Abdul Rahman menawarkan diri bertanding jawatan Naib Presiden pada persidangan yang akan diadakan di Kedah.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast