Tom Ballard. foto AGensi

ISLAMABAD – Gerakan mencari pendaki British yang hilang di kemuncak Gunung Himalaya ditangguhkan ekoran cuaca buruk.

Tom Ballard dan pendaki Itali, Daniele Nardi, kali terakhir berhubung pada hari Ahad lalu ketika berada pada ketinggian 20,500 kaki.

Salji, awan dan jarak penglihatan kurang menyukarkan pasukan helikopter dan usaha menerbangan dron.

Operasi mengesan turut bermula lewat disebabkan ketegangan antara Pakistan dan India.

Ballard dari Derbyshire adalah anak lelaki kepada Alison Hargreaves, yang meninggal dunia semasa turun dari puncak K2 pada tahun 1995 – pada tahun yang sama dia dinobatkan sebagai wanita pertama yang menakluk Everest tanpa bantuan.

Pada hari Jumaat, tiga drone diterbangkan oleh pendaki Sepanyol, Alex Txikon, di kawasan yang dikenali sebagai Mummery Spur, dinamakan sempena Albert Mummery, yang meninggal di gunung pada tahun 1895.

Pencarian telah ditangguh sehingga Sabtu.

Stefano Pontecorvo, Duta Itali ke Pakistan mengharapkan keajaiban untuk menemui Ballard dan Nardi dengan selamat.

Pencarian dimulakan pada hari Khamis selepas ruang udara Pakistan ditutup susulan hubungannya dengan India tegang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast