Setiausaha Agung DAP Kebangsaan, Anthony Loke Siew Fook bercakap kepada media selepas melepaskan jawatan Menteri Pengangkutan ketika hadir bagi mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP ketika di ibu pejabat DAP, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 19 SEPTEMBER 2026.

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook akan meneruskan program rasmi di China seperti dijadualkan bagi mewakili Malaysia pada Mesyuarat Menteri-Menteri Pengangkutan APEC ke-12 di Beijing.

Kementerian Pengangkutan (MOT) berkata, program itu melibatkan beberapa pertemuan dua hala serta pemeteraian dua Memorandum Persefahaman (MoU).

Antaranya ialah MoU kerjasama pengangkutan antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Republik Rakyat China yang merangkumi sektor darat, rel, maritim, penerbangan dan logistik.

Satu lagi MoU membabitkan kerjasama keselamatan penerbangan antara Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Civil Aviation Administration of China (CAAC).

Menurut MOT, MoU CAAM-CAAC meliputi bidang kelayakan udara, pensijilan organisasi penerbangan, pelesenan personel, pengawasan operasi serta pengiktirafan bersama dapatan dan sijil pematuhan.

“Selepas menyelesaikan program rasmi di Beijing, YB Menteri dijadualkan ke Shanghai untuk menyertai rombongan YAB Perdana Menteri sebelum kembali ke Malaysia bagi menguruskan perkara-perkara berkaitan proses peletakan jawatan beliau sebagai Menteri Pengangkutan,” katanya MOT menerusi kenyataan.

Katanya, kementerian akan memastikan segala urusan dan tanggungjawab dilaksanakan seperti biasa secara profesional dan teratur.

Sabtu lalu, Anthony selepas mesyuarat tergempar Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP mengumumkan akan metakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan sebagai reaksi parti itu terhadap keputusan pengampunan bersyarat terhadap Najib.

Bagaimanapun, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung DAP tersebut dalam masa terdekat selepas lawatan rasmi Anthony selesai, bagi membincangkan keputusannya berkenaan.

Jumaat lalu, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan mengumumkan Najib, 73, mendapat pengampunan bersyarat yang membolehkannya menjalani baki hukuman di bawah tahanan rumah hingga 23 Ogos 2028, tertakluk syarat ditetapkan termasuk membayar denda RM50 juta.

Keputusan itu dibuat pada mesyuarat ke-64 Lembaga

Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya di Istana Negara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here