Penjaga gawang Johor DT, Farizal Marlias menumbuk bola keluar ketika diasak pemain Selangor FA, Rufino Segovia pada perlawanan Liga Super Malaysia 2019 diantara pasukan Selangor FA menentang Johor DT di Stadium Shah Alam, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 01 MAC 2019

SHAH ALAM: Johor Darul Ta’zim (JDT) benam dan rampas kedudukan teratas Liga Super selepas menewaskan Selangor 4-2 di Stadium Shah Alam.

Skuad Harimau Selatan membuatkan Selangor perit yang kini belum mengecapi sebarang kemenangan.

JDT hanya memerlukan 14 minit untuk meledak dua gol hasil jaringan Velazquez Leandro pada minit ketujuh dan Diogo Luis Santo minit ke-14.

Selangor terpaksa menunggu hingga minit ke-33 untuk merapatkan jurang gol menerusi rembatan jarak jauh Endrick Dos Santos.

Tujuh minit kemudian, Gonzalo Cabrera kembali meletakkan JDT pada kedudukan selesa.

Penjaring terbanyak Liga Super musim lalu, Rufino Segovia meledak gol kedua Selangor selepas menanduk masuk bola hantaran Faiz Nasir pada masa kecederaan babak pertama.

Leandro menjadikan kedudukan 4-2 buat JDT apabila mudah menolak masuk bola di depan pintu gol Selangor pada minit ke-68 dan keputusan itu kekal hingga tamat permainan.

MGF01032019_LIGA SUPER MALAYSIA 2019 SELANGOR FA VS JDT11
Pemain Selangor FA, Rufino Segovia menanduk bola keluar sambil dikasari dua pemain Johor DT pada perlawanan Liga Super Malaysia 2019 diantara pasukan Selangor FA menentang Johor DT di Stadium Shah Alam, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 01 MAC 2019
MGF01032019_LIGA SUPER MALAYSIA 2019 SELANGOR FA VS JDT09
Pemain Johor DT, Velazquez Leandro dikasari pemain Selangor FA, George Regan (kanan) semasa mengawal bola pada perlawanan Liga Super Malaysia 2019 diantara pasukan Selangor FA menentang Johor DT di Stadium Shah Alam, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 01 MAC 2019
MGF01032019_LIGA SUPER MALAYSIA 2019 SELANGOR FA VS JDT06
Pemain Johor DT, Diogo Luis Santo meraikan jaringan bersama rakan sepasukan pada perlawanan Liga Super Malaysia 2019 diantara pasukan Selangor FA menentang Johor DT di Stadium Shah Alam, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 01 MAC 2019
MGF01032019_LIGA SUPER MALAYSIA 2019 SELANGOR FA VS JDT05
Pemain Johor DT, Afiq Fazail (kanan) mengawal bola sambil dikasari pemain Selangor FA, Michal Nguyen pada perlawanan Liga Super Malaysia 2019 diantara pasukan Selangor FA menentang Johor DT di Stadium Shah Alam, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 01 MAC 2019
MGF01032019_LIGA SUPER MALAYSIA 2019 SELANGOR FA VS JDT13
Penjaga gawang Johor DT, Farizal Marlias gagal menghalang percubaan daripada pemain Selangor FA pada perlawanan Liga Super Malaysia 2019 diantara pasukan Selangor FA menentang Johor DT di Stadium Shah Alam, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 01 MAC 2019
MGF01032019_LIGA SUPER MALAYSIA 2019 SELANGOR FA VS JDT03
Pemain Johor DT, Velazquez Leandro (atas) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan pada perlawanan Liga Super Malaysia 2019 diantara pasukan Selangor FA menentang Johor DT di Stadium Shah Alam, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 01 MAC 2019
MGF01032019_LIGA SUPER MALAYSIA 2019 SELANGOR FA VS JDT07
Pemain Johor DT, Diogo Luis Santo meraikan jaringan bersama rakan sepasukan pada perlawanan Liga Super Malaysia 2019 diantara pasukan Selangor FA menentang Johor DT di Stadium Shah Alam, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 01 MAC 2019
MGF01032019_LIGA SUPER MALAYSIA 2019 SELANGOR FA VS JDT14
Pemain Selangor FA, Endrick Dos Santos meraikan jaringan bersama rakan sepasukan pada perlawanan Liga Super Malaysia 2019 diantara pasukan Selangor FA menentang Johor DT di Stadium Shah Alam, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 01 MAC 2019
MGF01032019_LIGA SUPER MALAYSIA 2019 SELANGOR FA VS JDT18
Penjaga gawang Selangor FA, Khairulazhan Khalid menepis bola keluar pada perlawanan Liga Super Malaysia 2019 diantara pasukan Selangor FA menentang Johor DT di Stadium Shah Alam, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 01 MAC 2019
MGF01032019_LIGA SUPER MALAYSIA 2019 SELANGOR FA VS JDT28
Pemain pasukan Selangor FA bersorak bersama penyokong yang hadir selepas tamatnya perlawanan Liga Super Malaysia 2019 diantara pasukan Selangor FA menentang Johor DT di Stadium Shah Alam, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 01 MAC 2019
MGF01032019_LIGA SUPER MALAYSIA 2019 SELANGOR FA VS JDT02
Pasukan Johor DT bergambar sebelum memulakan perlawanan Liga Super Malaysia 2019 diantara pasukan Selangor FA menentang Johor DT di Stadium Shah Alam, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 01 MAC 2019
MGF01032019_LIGA SUPER MALAYSIA 2019 SELANGOR FA VS JDT01
Pasukan Selangor FA bergambar sebelum memulakan perlawanan Liga Super Malaysia 2019 diantara pasukan Selangor FA menentang Johor DT di Stadium Shah Alam, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 01 MAC 2019