Komandan Abhinandan dikawal oleh tentera bersenjata di sempadan Pakistan-India sebelum diserahkan kepada New Delhi semalam. foto AGensi

ISLAMABAD – Pakistan telah membebaskan juruterbang India yang ditahan selepas pesawat pejuang yang dipandunya dibedil.

Komandan Abhinandan Varthaman diserahkan kepada India di laluan sempadan Pakistan.

Beberapa minit sebelum dibebaskan, Abhinandan dalam kenyataan di televisyen Pakistan berkata, beliau kagum dengan tentera Pakistan.

Kenyataan Abhinandan yang dipercayai telah disunting terlebih dakwa menggambarkan bagaimana pesawatnya ditembak dan telah diselamatkan oleh tentera-tentera Pakistan.

“Tentera Pakistan menjaga saya dengan baik, mereka sangat profesional,” kata juruterbang itu yang berpakaian seragam, sambil menambah dia melihat potensi perdamaian.

Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan berkata, juruterbang itu dibebaskan atas tanda pendamaian dengan India.

India dan Pakistan – dua negara nuklear itu yang mendakwa memiliki Kashmir – tetapi setiap negara itu hanya menguasai sebahagian wilayah sahaja.

Juruterbang itu telah menjalani pemeriksaan kesihatan sebaik sahaja diserahkan.

Beliau akan kembali ke pangkuan keluarganya pada hujung minggu ini. – MalaysiaGazette