SEMENYIH – Pusat Mengundi Sesapan Batu Rembau di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih gempar apabila terdapat kain rentang berunsurkan fitnah dipasang.

Pada kain rentang itu terdapat wajah Datin Seri Rosmah Mansor.

Ia jelas ditulis dengan kata-kata kontroversi berkaitan fenomena ‘Bossku’.

‘Malu Apa Bossku, Siapa Boss? Akulah Boss. Ingat Najib ke?,’ tertera pada kain rentang berkenaan.

Menurut salah seorang saksi kejadian, kain rentang itu mula dipasang jam 10 pagi sebaik pusat pengundian disini dibuka jam 8 pagi tadi.

“Apabila mereka buat sebegini, pengundi tidak akan pandang benda lain. Mereka tidak ada sebab nak naikkan kain rentang itu,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Difahamkan berlaku pertikaian antara antara penyokong dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengarahkan kain rentang itu diturunkan. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast