Calon Bebas PRK N.24 Semenyih, Kuan Chee Heng beramah mesra bersama penduduk tempatan ketika sesi walkabout sempena Pilihan Raya Kecil N.24 Semenyih di Pasar Malam Bandar Riching, Semenyih, Selangor. foto IQBAL BASRI, 25 FEBRUARI 2019.

SEMENYIH – Kempen sebenar bermula esok di mana wakil rakyat yang dipilih pengundi DUN Semenyih harus memulakan kerja segera.

Itu saranan calon bebas, Kuan Chee Heng yang popular dengan panggilan Uncle Kentang.

“Saya datang bukan sebab kalah sahaja tapi harus ucap tahniah kepada pemenang untuk bekerjama dan memulakan khidmat kepada rakyat.

“Yang penting adalah pemenang mesti mula kerja mulai 3 Mac ini berkhidmat untuk masyarakat Semenyih dan di sini kita harus bekerjasama,” katanya di Pusat Penjumlahan Undi Keputusan PRK di Dewan Seri Cempaka MPKj Taman saujana Impian Kajang di sini.

Beliau juga mengharapkan calon yang menang malam ini tidak lari atau menghilangkan diri.

“Calon menang kalau hilangkan diri kita tolak dia kita akan cari dan viralkan dia

“Lagipun saya datang sini bukan kerana sokong UMNO tapi sokong yang mana baik dan mengutamakan kebajikan rakyat.

“Menang kalah tak penting … takkanlah kamu kalah terus diam diri,” tegasnya lagi.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast