Polis menahan seorang pemandu di sebuah syarikat swasta, kerana disyaki mendera dua orang anak lelakinya yang berumur 11 dan 13 tahun sehingga mengalami kecederaan teruk.

KUALA LUMPUR – Polis menahan dua kakitangan dan seorang bekas pekerja firma penyelidikan data, Invoke Malaysia awal pagi ini kerana memiliki ganja seberat 75 gram.

Ketiga-tiga suspek yang berusia antara 25 dan 30 tahun itu ditahan ditahan di sebuah kondominium di Taman Mutiara, Sentul kira-kira pukul  12.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy Chinniah berkata, dua suspek yang bekerja sebagai pereka grafik dan eksekutif pemasaran di Invoke Malaysia serta seorang bekas rakan sekerja mereka ditahan di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Sentul.

“Serbuan di kondominium itu dilakukan selepas polis menerima maklumat awam dan siasatan di lokasi menemui sejumlah dadah jenis ganja anggaran berat 75 gram,” katanya dalam kenyataan.

Invoke Malaysia merupakan sebuah organisasi bukan kerajaan yang diasaskan oleh Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli pada 2016.

Sementara itu, Rafizi berkata, beliau menyerahkan kepada peguam Invoke Malaysia untuk mendapatkan maklumat lanjut daripada polis dan majikan tidak bertanggungjawab terhadap aktiviti yang dilakukan pekerja di luar waktu pejabat.

Sebarang urusan yang berlaku di luar waktu pejabat adalah urusan peribadi kakitangan, katanya seperti dipetik portal Malaysiakini.

“Jika berlaku sebarang pelanggaran disiplin yang bertentangan dengan tatacara perkhidmatan semasa waktu bekerja atau di luar waktu kerja, pelanggaran itu akan melalui proses disiplin di tempat kerja mengikut undang-undang buruh dan dasar syarikat.

“Saya serahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menguruskan siasatan kes ini dan tindakan lanjut seperti kes-kes lain,” katanya dalam kenyataan. – MalaysiaGazette