Menteri Indutri Utama, Teresa Kok (tengah) bersama Duta Besar China ke Malaysia, Bai Tian serta yang lain bergambar kenangan selepas pertukaran dokumen perjanjian persefahaman (MoU) pada Forum Perniagaan Minyak Sawit Malaysia-China di Hotel Shangri La, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 04 MAC 2019

KUALA LUMPUR –  Menteri Industri Utama berharap agar lebih banyak ahli perniagaan dari China yang mengimport minyak kelapa sawit dari Malaysia. 

Menyaksikan majlis menandatangani dokumen pembelian berjumlah 1.62 juta tan minyak kelapa sawit oleh syarikat China daripada Malaysia, Terrsa menyifatkan ini merupakan petanda baik walaupun Kesatuan Eropah (EU) memboikotnya. 

“Harapan saya juga adalah Forum Perniagaan Minyak Kelapa Sawit Malaysia -China akan meluaskan kerjasama di antara Malaysia dan industri China. 

“Saya mahu menggalakkan ahli perniagaan China untuk bersama-sama dalam projek ini dalam mempromosi sektor minyak kelapa sawit.

“Saya gembira dapat tahu sudah ada beberapa pengimport China yang menunjukkan minat untuk menambah pengimportan minyak kelapa sawit dari Malaysia tahun ini,” katanya ketika berucap di Forum Perniagaan Minyak Kelapa Sawit Malaysia -China.

Empat syarikat China yang menandatangani dokumen pembelian hari ini adalah China’s Yantai Tianmao EdibleLtd.Co dengan Sime Darby Plantation Berhad.

Kedua ialah Yihai Kerry (Shanghai) International Trade Co dengan PGEO Marketing Sdn Bhd.

Ketiga, China’s Yizheng Fangshun Industry Ltd. Co dengan Malaysia’s Cacao Paramount Sdn Bhd dan terakhir China’s Yizheng Fangshun Industry Ltd. Co dengan SOP Edible Oils Sdn Bhd. 

China merupakan negara kedua terbesar yang mengimport minyak kelapa sawitb dengan Malaysia pada tahun lalu. 

Eksport minyak sawit biodiesel ke negara itu meningkat dari RM0.50 juta ke RM113 juta dari tahun 2017 ke tahun 2018.

Menjelang tahun ke-45 hubungan diplomatik di antara Malaysia dan China, Teresa berharap kerjasama dua hala khusus melibatkan minyak kelapa sawit juga berterusan. 

“Tahun ini penting untuk Malaysia dan China kerana kita meraikan tahun ke -45 hubungan diplomatik kedua-dua negara,” katanya. -MalaysiaGazette