Kedai-kedai di Arab Saudi ditutup ketika waktu solat. foto Agensi

RIYADH – Majlis Syura sedang mengkaji cadangan supata kedai-kedai dibenarkan dibuka semasa waktu solat.

Penolong Pengerusi Majlis Syura, Dr Yahya Al-Samaan berkata, terdapat syarat-syarat tertentu untuk mengkaji cadangan yang dibuat itu.

Langkah itu bagi memastikan cadangan berkenaan tidak sepatutnya bertentangan dengan usul atau keputusan sebelum ini.

Satu jawatankuasa khas yang terdiri daripada lima orang sedang dipilih untuk mengkaji cadangan berkenaan. – MalaysiaGazette