Peniaga menyusun telur untuk dijual kepada orang ramai ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pasar Chow Kit, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 06 JANUARI 2019
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan ditanya mengapa kajian tentang kenaikan harga KFC dan telur tidak diumumkan lagi kepada rakyat.

Adakah dengan melengah-lengahkan pengumuman itu kerajaan berharap rakyat akan lupa, soal Datuk Seri Najib Razak.

“Seperti kajan mengapa harga KFC dan harga telur naik bulan-bulan yang lepas. Kajian-kajian yang tidak diumumkan hasil lalu harap Rakyat lupa?

“Sudah terlambat, bro,” katanya dalam hantaran terbaharu di Facebook.

Tambah bekas perdana menteri itu, adakah kerajaan berharap harga barangan akan turun selepas dinaikkan.

Bagaimanapun, secara sinis, Najib berharap pengguna bersabar dan bersangka baik selepas Lim Guan Eng mahu menyiasat sendiri tentang kenaikan harga barangan.

Ia susulan selepas Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) dan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) mendakwa pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) telah mengakibatkan kos meningkat berbanding ketika Cukai Barangan dan Jualan dilaksanakan.

Namun, Menteri Kewangan itu memberitahu akan berjumpa dengan FMM dan MIER untuk melihat sama ada harga naik disebabkan SST atau unsur struktur lain,” katanya.

“Dia mahu siasat sendiri. Baik. Kita sabar. Kita bersangka baik.

“Kita tunggu hasil siasatan Menteri Kewayangan dan tengok jika harga barang akan turun selepas Guan Eng sudah puas menyiasat,” ujarnya. – MalaysiaGazette

 

Guan Eng nafi SST punca kos perniagaan naik