Foto hiasan... Seorang pekebun mencabut rumput di sekeliling anak pokok cili tanamnya ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Serdang, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 10 SEPTEMBER 2017.

KUALA LUMPUR – Usaha mempelbagaikan tanaman di kebun-kebun untuk mengurangkan kebergantungan sepenuhnya kepada hasil kelapa sawit bukan sesenang yang difikirkan.

Pekebun kecil berkata, penanaman semula satu jenis tanaman sudah pun membebankan ramai pekebun dan usaha menanam tanaman yang baharu dan pelbagai sudah pastinya lebih sukar.

Selain perlu mengambil keadaan geografi termasuk ketinggian tempat, jenis tanah dan cuaca yang berubah-ubah, isu kekurangan pekerja juga terus membelenggu pekebun.

“Buluh tidak boleh disamakan dengan nenas seperti juga lembu tidak boleh disamakan dengan ayam.

“Walaupun tanah itu mungkin nampak sesuai untuk satu-satu tanaman, tetapi ketinggian tanah itu juga akan memberi impak kepada kandungan air yang seterusnya memberi kesan kepada hasil tuaian,” kata seorang pekebun kepada China Press.

Menteri Industri Utama, Teresa Kok sebelum ini mencadangkan pekebun untuk mengurangkan kebergantungan terhadap kelapa sawit.

Ahli Parlimen Seputeh itu mencadangkan beberapa tanaman lain termasuk buluh dan nenas.

Menurut pekebun kecil yang tidak mahu namanya disiarkan, setiap jenis tanaman mempunyai ciri-ciri sendiri yang menentukan cara penanaman, pembajaan dan penyiraman.

“Penanaman apa jua tanaman baharu memerlukan kos, masa dan pekerja.

“Walaupun sudah ada teknologi, tetapi tenaga manusia tidak boleh digantikan,” katanya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Cara TK memberi cadangan seolah olah tiada pendirian….dia memberi penjelasan diatas laporan pegawainy sahaja tanpa kajian mendalam dan impak kepada pekebun. Jika ingin berbuat demikian pertama sekali kerajaan perlu adakan dana yg mengcukupi kepada pekebun …barulah boleh dilaksanakan. Jangan cakap tak serupa bikin.

Comments are closed.