Hospital Canselor Tuanku Mukhriz Universiti Kebangsaan Malaysia.

KUALA LUMPUR – Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia bersetuju mengurangkan kadar caj parkir yang mula beroperasi sejak 1 Mac lalu selepas semakan dibuat.

Dalam satu kenyataan di sini, HCTM mengakui kadar caj yang diuruskan oleh Metro Parking (M) Sdn. Bhd. sebelum ini adalah tinggi.

Sehubungan itu, pihak pengurusan HCTM akan mewujudkan kadar rata untuk waktu tertentu dan kadar maksimum penggunaan sehari mengikut kadar parkir awam yang setara.

Kadar baharu itu berkuatkuasa hari ini.

“Pihak Pengurusan HCTM memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi oleh pengguna sejak kadar caj
baharu ini dilaksanakan mulai 1 Mac 2019 yang lalu dan berusaha memastikan keselesaan pengguna dan bersedia menerima pandangan demi penambahbaikan perkhidmatan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast