KARACHI – Laporan perisikan Islamabad mendapati India merancang untuk melancarkan serangan peluru berpandu ke atas Pakistan, kata sumber.

Sumber itu mendakwa, India dan Israel menyasarkan Pakistan, ditambah laporan perisikan itu, Pakistan berjaya menghalang rancangan serangan peluru berpandu mereka, lapor thenews.com

India dimaklumkan bahawa Pakistan akan membalasnya dengan pantas jika serangan peluru berpandu dilakukan terhadapnya, kata sumber itu.

Dua serangan yang dirancang India gagal berikutan laporan perisikan itu, kata sumber sambil menambah Pakistan telah berkongsi rancangan India itu dengan negara-negara sahabatnya serta memberitahu mereka dan komuniti antarabangsa bahawa Islamabad mahukan keamanan dengan New Delhi.

Sumber itu berkata, tentera India tidak dapat memasuki wilayah Pakistan namun terdapat kekhuatiran India akan merancang serangan pengganas di Pakistan.

Sumber itu berkata, tiada perhubungan dilakukan antara kerajaan Pakistan dan India.

Pakistan menembak jatuh dua pesawat India dan menawan seorang juruterbang, Abhinandan Varthaman, kerana mencabuli ruang udaranya. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast