Kerajaan Selangor menubuhkan Prasekolah Khas Anis khas untuk murid yang mempunyai masalah pembelajaran termasuklah Autisme, Sindrom Down, Attention Deficits Hyperactive Disorder (ADHD) dan Global Developmental Delay (GDD).- Gambar hiasan,

CONPENHAGEN – Satu kajian besar-besaran yang dilakukan di Denmark mendapati tiada kaitan di antara suntikan vaksin untuk menghalang penyakit campak, beguk dan rubella dengan sindrom autism.

Dalam dunia sains dan kesihatan awam, isu tersebut sepatutnya boleh dikatakan telah selesai apabila pelbagai penemuan ditemui dan diterbitkan sejak lebih 20 tahun lalu.

Bagaimanapun, dengan perkembangan mutakhir gerakan anti-vaksin yang semakin berkembang, para doktor dan pengamal perubatan professional terpaksa melakukan kajian mengenai hubung kait di antara vaksin dan autism secara besar-besaran melibatkan 657,461 kanak-kanak warganegara Denmark yang lahir di antara tahun 1999 dan 2010 bagi menafikan dakwaan golongan anti-vaksin.

Ini merupakan kajian terbesar yang melibatkan sebegitu ramai responden.

Hasil kajian yang diterbitkan dalam Annals of Internal Medicine dikendalikan oleh penyelidik-penyelidik di Statens Serum Institut, Conpenhagen.

Beberapa saintis pernah terlibat dalam penerbitan artikel terdahulu di bawah topik yang sama di New England Journal of Medicine pada 2002 bersandarkan data daripada 537,303 kanak-kanak warga Denmark yang lahir di antara 1991 dan 1998 turut bekerjasama menghasilkan kajian terbaharu itu.

“Kajian terpaksa dilakukan semula kerana kebimbangan terhadap vaksin dan perkembangan autism tidak pernah tamat.

“Dan dengan gerakan anti-vaksin yang dilihat semakin mengukuh sejak 15 tahun lepas.

“Trend ini sangat membimbangkan,” kata salah seorang penyelidik yang terlibat dalam kajian tersebut, Anders Hviid.- Agensi