Hubungan India-Pakistan tegang susulan kejadian pengebom berani mati membabitkan polis tentera. foto Agensi

KARACHI – Konflik serta ketegangan antara dua negara, Pakistan dan India seolah-olah tidak ada penghujungnya.

Terbaharu, pihak berkuasa  di Pakistan menahan sebuah kapal selam India yang dipercayai telah memasuki kawasan perairan negaranya.

Agensi melaporkan, tentera laut Pakistan mendedahkan pihaknya menahan kapal selam itu selepas beberapa pertempuran udara di Kashmir, sesuatu yang jarang sekali berlaku.

Kata jurucakap tentera laut dalam satu kenyataan, pihaknya terpaksa menahan kapal selam India itu daripada memasuki kawasan perairan mereka.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak memberi butiran lanjut termasuk bila atau di mana kapal selam itu dikesan.

Juga tidak dapat dipastikan apakah had perairan wilayah sepanjang 22 kilometer atau zon ekonomi ekslusif sepanjang 370 kilometer.

Bagaimanapun, sebarang butiran tidak diperincikan malah kerajaan India juga belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung penahanan kapal selam itu.

Yang hanya dikeluarkan oleh  tentera laut adalah sebuah video kapal selam dengan rakaman hitam dan putih menunjukkan periskop di permukaan air.

Ini juga merupakan kali pertama sejak tahun 2016 apabila Pakistan bertindak menahan kapal selam India daripada memasuki kawasan perairan mereka.

Dilaporkan ketegangan yang berlaku antara New Delhi dan Islamabad kian meningkat sejak serangan pengganas di Pulwan, India pada 14 Feb lepas yang mengorbankan 40 nyawa dan menyebabkan kecederaan kepada puluhan orang.

Ketegangan kian memuncak apabila kedua-dua pihak menembak jatuh jet tempur satu sama lain, baru-baru ini. –MalaysiaGazette