Proton
Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR- Proton Holdings Bhd. merekodkan penjualan 5,283 unit kereta baharu pada Februari 2019.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, pengeluar kereta tempatan itu berkata, jumlah jualan berkenaan merangkumi penguasaan pasaran sebanyak 12.7 peratus, meningkat lebih tiga peratus berbanding Februari tahun lalu.

“Februari adalah bulan yang singkat dan ditambah dengan cuti perayaan Tahun Baharu Cina, secara tradisinya ia adalah bulan di mana semua jenama automotif merekodkan jualan yang lebih rendah.

“Proton bagaimanapun berjaya memikat pasaran apabila menyaksikan peningkatan jualan.

“Dengan itu, jualan untuk dua bulan pertama 2019 berkembang sebanyak 42 peratus jika dibandingkan dengan tempoh sama tahun lepas,” katanya.

Pendaftaran bagi Proton X70 terus meningkat di mana sejumlah 2,823 unit telah didaftarkan pada Februari, ini termasuk 1,000 unit yang diserahkan kepada pelanggan di seluruh negara dalam masa satu hari sebelum sambutan Tahun Baharu Cina.

Setakat akhir Februari, lebih 20,000 tempahan telah dibuat ke atas SUV pertama Proton itu sekali gus mengatasi sasaran.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast