KUALA LUMPUR – ​Perkhidmatan e-hailing kedua terbesar di Malaysia, MyCar menawarkan diskaun RM4 kepada pelanggannya melalui penggunaan promokod MYCARBEST, bermula hari ini sehingga 15 April depan. ​

Platform Apps Sdn Bhd ​dalam satu kenyataan​ berkata​,​ promokod itu akan diberikan kepada 1,000 pengguna setiap hari sepanjang tempoh berkenaan. ​

​”Promokod​ itu ​sempena aplikasi MyCar versi ba​ha​ru yang akan dilancarkan pada 15 Mac ini, yang dikenali sebagai MyCar Pegagus.

“Ini untuk memberi peluang pengguna e-hailing menggunakan MyCar sebelum aplikasi MyCar Pegagus dilancarkan teruta​ma di bandar besar di Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan Langkawi yang sudah biasa dengan tambang murah perkhidmatan MyCar ini​,” katanya.

Katanya, aplikasi Pegagus dengan 95 peratus penggunaan paparan baharu yang lebih menarik dan mudah itu dijangka menarik lebih ramai pengguna terutama pelajar kolej dan universiti menggunakan MyCar.

“Tempoh promokod dan aplikasi MyCar Pegagus baharu ini juga akan membolehkan rakan pemandu MyCar menjana pendapatan lebih tinggi kerana setiap nilai promokod yang digunakan penumpang MyCar akan dibayar kembali ke dalam akaun ‘wallet’ pemandu dalam tempoh satu hari bekerja sahaja.

“Untuk itu, mereka tidak perlu menunggu lama mendapatkan semula tambang dibayar menggunakan promokod berkenaan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast