Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, kejatuhan pasaran saham tempatan ketika ini adalah selari dengan kejatuhan pasaran serantau di samping pengukuhan dolar Amerika syarikat.
Shahril Ridza Ridzuan

KUALA LUMPUR – Khazanah Nasional Bhd akan menjadi penasihat kepada PLUS Expressway Bhd mengenai perbincangan berhubung pengambilalihan lebuh raya bertol itu oleh kerajaan.

Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Shahril Ridza Ridzuan menyerahkan perbincangan dikendalikan sepenuhnya oleh PLUS dengan kementerian berkaitan.

“Kami akan menasihatkan PLUS dari masa ke masa jika terdapat sebarang hasil daripada rundingan itu,” katanya kepada pemberita selepas membentangkan Kajian Semula Tahunan Khazanah 2019.

Baru-baru ini kerajaan mengumumkan ia telah berunding dengan Gamuda Bhd untuk mengambil alih empat konsesi lebuh raya yang mana syarikat itu mempunyai kepentingan utama.

Lebuh raya itu merangkumi Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Lebuhraya Sprint, Lebuhraya Shah Alam (Kesas) dan Terowong SMART.

Mengulas lanjut, Shahril berkata, alasan utama pengambilalihan itu sebahagian lebuh raya ini membebankan rakyat kerana ia tidak menyediakan alternatif lain.

Namun, katanya, penggunan mempunyai alternatif kerana mereka tidak semestinya menggunakan Plus.

“Secara perbandingan, PLUS mempunyai banyak alternatif kepada pengguna. Anda tidak semestinya menggunakan PLUS.

“Kami lihat pengguna memilih sama ada menggunakan PLUS dan membayar untuk keselesaan itu atau menggunakan jalan lain yang telah dibaiki,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast