Produk Tera Skincare terjual 5,000 unit walaupun baru sebulan berada di pasaran.

KUALA LUMPUR – Tera Empire, pengeluar produk kecantikan jenama Tera Skincare menyasarkan jualan produknya sebanyak 30,000 unit sebulan sepanjang tahun ini.

Pengasas Bersamanya, Noraini Mohd. Yusof berkata, sasaran itu mampu dicapai berikutan sambutan luar biasa ke atas Tera Skincare walaupun berada di pasaran sejak sebulan lalu.

Jelas beliau, produk set lengkap yang merangkumi sabun muka, penyegar, krim siang dan krim malam itu telah pun terjual sebanyak 5,000 unit sehingga kini.

“Biarpun bisnes kecantikan terutamanya produk penjagaan wajah banyak di pasaran, ia tidak dapat dipisahkan dengan kuasa beli dialam kalangan wanita.

“Kami melihat persaingan itu secara positif kerana dapat menaikkan semangat untuk lebih berusaha dan maju di atas platform sendiri tanpa perlu menjatuhkan perniagaan pesaing.

“Pada masa sama, strategi pemasaran di atas talian (online) yang kami terapkan juga memainkan peranan penting hingga berjaya melonjakkan jualannya dalam tempoh sebulan,” katanya kepada Malaysia Gazette di sini baru-baru ini.

8J0A9168
Tera Skincare turut berjaya menembusi pasaran Indonesia dan Singapura.

Tera Empire diusahakan Noraini bersama rakan perniagaannya, Farah Dayana Ramzi yang masing-masing memiliki kepakaran dan pengalaman sebelum tercetus idea memiliki produk jenama sendiri.

Noraini sebelum ini merupakan pengeluar dalam produk tulen manakala Farah pula mahir dalam pemasaran di media sosial seperti Instagram.

Hasil gabungan itu, baru sebulan di pasaran, Tera Skincare cara kini memiliki 103 stokis dan 324 dropship serta berjaya menembusi pasaran luar negara antaranya Singapura dan Indonesia.

Noraini memberitahu pihaknya berhasrat menembusi pasaran Taiwan dalam tempoh enam bulan akan datang.

Pada masa sama katanya, Tera Empire juga merancang untuk mengeluarkan rangkaian produk kosmetik seperti gincu, pembayang mata dan maskara.

“Seperti Tera Skincare, kami mengambil selama enam untuk menjalankan penyelidikan dalam usaha menghasilkan produk berkualiti tinggi selain mencari kelainan dari segi kesannya kepada pengguna.

“Contohnya bagi mereka yang memiliki kulit bermasalah, proses pengelupasan akan berlaku antara sehari hingga tujuh hari bagi membuang kulit mati,” katanya yang memberitahu produk berasaskan lobak itu boleh digunakan seawal umur 13 tahun.

8J0A9254
Noraini Mohd. Yusof

Menurut Noraini lagi, keunikan Tera Empira juga adalah konsep keluarga yang diperkenalkan di kalangan stokis dalam mewujudkan keseronokan menjalankan perniagaan.

Jelasnya, beliau dan Farah berkongsi semua kepakaran dan pengalaman yang ada tanpa meminggirkan sama ada stokis, ejen atau dropship.

“Kami memperkenalkan konsep Tera Famili apabila menganggap mereka sebagai satu keluarga dengan mengadakan latihan dan rundingan setiap minggu secara percuma.

“Semua mereka ada hak bersama dan didedahkan dengan bisnes daripada mereka kosong hingga berjaya serta tidak ada yang ketinggalan kerana kami tidak mahu produk hanya disimpan di bawah katil nanti,” katanya yang memaklumkan stokis paling muda dalam Tera Family berusia 15 tahun.

Kata Noraini modal untuk menjadi ejen bermula pada harga RM2,100 dan stokis RM6,000.

Mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk Tera Skincare boleh menghubungi 011 5886 4459  atau layari Instagram: teraskincarehq dan Facebook: teraskincare. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast