Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad bercakap kepada sidang media selepas menyampaikan ucaptama sempena Seminar Kesihatan Malaysia di Hotel Istana, Kuala Lumpur.foto MUHAMMAD ZULHAIRI, 7 MAC 2019

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan tidak mahu mengulas hasil bedah siasat ke atas mayat Allahyarham Nazrin Hassan.

Ini kerana, kematian bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle Fundi itu sudah menjadi kes polis.

“Saya tidak mahu berikan apa-apa ulasan. Kita serahkan kepada polis untuk siasat,” katanya ditanya berhubung laporan bedah siasat Allahyarham Nazrin.

Terdahulu Dr. Dzulkefly merasmikan Seminar Kesihatan Malaysia di Hotel Istana di sini, hari ini.

Dua hari lalu, media melaporkan polis telah menyerahkan laporan bedah siasat kali kedua Allahyarham Nazrin kepada Timbalan Pendakwa Raya pada 22 Februari lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dilaporkan berkata, sebarang tindakan lanjut akan diketahui selepas mendapat maklum balas dan keputusan daripada pihak terbabit. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast