Prasarana

KUALA LUMPUR – Rapid Bus Sdn. Bhd menawarkan perkhidmatan bas ulang-alik ke lapangan terbang yang akan memulakan perkhidmatannya dari stesen LRT Putra Heights ke KLIA dan klia2.

Anak syarikat Prasarana Malaysia Berhad itu berkata, perkhidmatan bas berkenaan sudah beroperasi sejak 1 Februari lalu untuk meningkatkan kesalinghubungan dan perjalanan yang lancar kepada para penumpang.

Inisiatif ini telah digerakkan oleh Kementerian Pengangkutan dengan matlamat untuk meningkatkan sistem pengangkutan awam.

Perkhidmatan itu mengenakan tambang sebanyak RM10 bagi tiket kombo yang boleh dibeli di mana-mana kaunter LRT/MRT/Monorail dan BRT.

Harga tiket itu termasuk tiket rel dari mana-mana stesen ke Putra Height dan bas bagi perjalanan sehala ke KLIA atau klia2.

Perjalanan dari Putra Heights ke KLIA dan KLIA mengambil masa 40 minit dengan setiap bas berlepas setiap 30 minit.

Putra Height dipilih selepas stesen kerana lokasinya yang strategik, yang mana ia berhubung dengan laluan LRT Kelana Jaya dan Ampang. – MalaysiaGazette