KUALA LUMPUR – Baca kenyataan terbaharu saya. Saya rasa saudari tidak baca kenyataan terbaharu,” kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ketika diminta mengulas kenyataan berbaur hasutan yang dikeluarkannya seperti dalam artikel bertajuk “Kerjasama Pas – UMNO adalah pengisytiharan perang kepada bukan Melayu.
” Tajuk asal itu kemudian diganti menjadi “Lim beri amaran UMNO-Pas akan mensasarkan bukan Melayu” dengan nota editor mengatakan Setiausaha Agung DAP itulah membetulkan kenyataan awalnya yang menggunakan perkataan asal “perang terhadap bukan Melayu.”