TERKINI : Tubuh Task Force Untuk Isu Vaksin – Kementerian Kesihatan

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan akan menubuhkan task force untuk memerhatikan isu vaksin dari keseluruhan aspek dan dimensi kegunaannya.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, buat masa sekarang ia masih di peringkat perbincangan, kerana bukan mudah untuk melakukannya kerana ia mempunyai kesan dari segi perundangan.

Bagaimanapun, kata beliau, komitmen kementeriannya ialah untuk memastikan perkara itu dilalui terlebih dahulu sebelum akhirnya pihaknya dapat mencari kaedah bagaimana untuk melaksanakannya.

Mengenai kenyataan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik untuk tidak berhasrat mewajibkan suntikan vaksin sebagai syarat kepada murid untuk bersekolah, beliau memberitahu, berlaku silap faham dalam hal itu.