Antara aktivis wanita yang ditahan oleh Arab Saudi. Dari kiri Samar Badawi, Aziza al-Yusuf dan Lajin al-Hathall - foto Agensi

GENEVA – Sebanyak 36 buah negara di Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengkritik Arab Saudi kerana menahan aktivis hak wanita dan menuntut pembebasan mereka.

Kesemua 28 anggota Kesatuan Eropah dan lapan negeri lain – Australia, Kanada, Iceland, Liechtenstein, Monaco, Montenegro, New Zealand dan Norway – telah “menyuarakan kebimbangan” mengenai laporan penangkapan berterusan pembela hak asasi manusia.

Kenyataan bersama itu adalah penolakan pertama terhadap Arab Saudi sejak majlis itu ditubuhkan pada tahun 2006.

Ia mencerminkan kebimbangan antarabangsa terhadap penahanan beberapa aktivis pada tahun lalu dan juga pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi.

Diplomat Arab Saudi yang bertindak balas terhadap kritikan itu mendakwa kenyataan berkenaan “untuk tujuan politik”.

“Campur tangan dalam urusan domestik di bawah nama mempertahankan hak asasi manusia sebenarnya adalah serangan ke atas kedaulatan kita,” kata Abdul Aziz Alwasil, wakil tetap Arab Saudi di Geneva.

Wakil Tetap Iceland, Harald Aspelund berkata, negara itu sangat prihatin terhadap penggunaan undang-undang menangani keganasan dan peruntukan keselamatan negara lain terhadap individu yang secara aman melaksanakan hak dan kebebasan secara aman.

“Pembela hak asasi manusia dan kumpulan masyarakat sivil boleh dan harus memainkan peranan penting dalam proses pembaharuan yang mana kerajaan sedang mengejar,” katanya.

Negara-negara berkenaan menuntut Arab Saudi membebaskan semua aktivis termasuk sembilan wanita dan seorang lelaki.

Arab Saudi mula menahan aktivis-aktivis berkenaan pada bulan Mei tahun lalu menjelang penarikan semula larangan memandu oleh wanita yang telah menjadi kempen para aktivis tersebut.

Putera Mahkota, Mohammed bin Salman mendakwa penahanan mereka atas sebab-sebab keselamatan negara. – MalaysiaGazette

Pada bulan November lalu, kumpulan hak asasi manusia melaporkan sekurang-kurangnya empat wanita mendakwa penyiasat telah menyeksa mereka, termasuk melaksanankan kejutan elektrik dan sebatan, selain gangguan seks dan menyerang mereka.

Namun, Timbalan Pendakwa Raya Arab Saudi berkata, tuduhan itu “palsu”. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast