KUALA LUMPUR –  Pelakon dan penyanyi Indonesia, Luna Maya mencuri perhatian netizen apabila dia berkongsi foto memakai tudung di laman sosial Instagram miliknya.

Difahamkan, wanita berusia 35 tahun itu baru sahaja pulang menunaikan ibadah umrah.

Sebelum itu terdapat dakwaan yang berpendapat Luna mencari ketenangan di Tanah Suci itu selepas bekas teman lelakinya mengahwini penyanyi Syahrini baru-baru ini.

Namun ata-rata netizen memuji imej berhijab yang digayakan Luna dan memberi sokongan agar dia terus istiqomah. – MalaysiaGazette