Sunday, December 15, 2024
Home Seni Hidup Pelakon maut dalam kemalangan

Pelakon maut dalam kemalangan

Emily Kong

KUALA LUMPUR –  Pelakon, Emily Kong  dikenalpasti wanita yang maut selepas kereta dipandunya terbabas merempuh pokok dalam kejadian di hadapan pasar raya NSK di Jalan Kuchai Lama di sini, semalam.

Emily yang juga pelakon pernah muncul dalam program Sing! China 2018 itu dikatakan gagal mengawal kereta Toyota Vios dipandunya lalu merempuh sebatang pokok pada pukul 3.20 pagi.

“Sebaik sahaja tiba, pihak bomba mendapati kemalangan melibatkan seorang mangsa wanita yang berada dalam kenderaan dengan nombor pendaftaran WNA 6683.

“Mangsa berjaya dikeluarkan dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahaya ketika dihubungi, memaklumkan mangsa dikenali sebagai Kong Chien Ling berusia 29 tahun.

“Mangsa disahkan meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk tindakan selanjutnya.

“Polis masih menjalankan siasatan mengikut Seskyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast