Pep Guardiola.

LONDON – Pep Guardiola menepis spekulasi yang mendakwa dia akan menyertai Juventus sebaliknya akan kekal bersama Manchester City.

The Independent melaporkan pengendali kelahiran Sepanyol itu meluahkan rasa pelik apabila khabar angin tersebar tanpa mendapatkan kepastian daripadanya.

“Saya rasa kenapa ada dakwaan mengatakan saya akan berhijrah ke Juventus.

“Mereka tidak pula menghubungi kelab atau saya mahu pun menghubungi ejen saya.

“Saya juga tidak faham mengapa media akan menyiarkan berita itu,” kata Guardiola yang berusia 48 tahun itu.

Sebelum itu, Guardiola dilaporkan secara lisan telah bersetuju dengan tawaran kontrak empat tahun untuk menggantikan Massimiliano Allegri.

Guardiola baru menyambung kontraknya bersama City sehingga 2021 pada Mei lalu selepas membantu kelab berkenaan meraih kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan Piala Liga Inggeris musim lalu.

Selain Guardiola, ada juga khabar angin yang melaporkan bahawa bekas pengendali Real Madrid, Zinedine Zidane dan Antonio Conte juga berada dalam pertimbangan Juventus. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast